Wednesday 7 December 2011

Topeng

Suatu alat yang menutupi muka
Topeng dapat menyembunyikan wajah anda yang sebenar. Anda dapat menyerupai sesuatu atau seseorang yang lain dengan memakai topeng.
P
roses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.

Perancangan rapi dan mendalam

dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.

Pengetahuan mengenai alat dan bahan

diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.


Rancangan Pengajaran Harian Topeng




REFLEKSI

Kekuatan
Dalam pengajaran hari ini, kekuatan yang dapat saya kesan iaitu kejelasan dan kelantangan suara saya. Tujuannya adalah supaya murid dapat mendengar  dan memahami arahan yang disampaikan oleh guru. Murid aktif  memberikan jawapan semasa guru mengajukkan soalan. Komunikasi dua hala yang digunakan membolehkan murid belajar dalam keadaan yang aktif dan membawa murid kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, saya juga dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut. Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan slide power point bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini secara langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran seterusnya.


Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam pengajaran ini ialah penggunaan ICT iaitu persembahan power point semasa menyampaian pengajaran dan pembelajaran ini. Murid tidak dapat meihat gambar tunggal dengan jelas. Ini menyebabkan murid memberi pelbagai jawapan dan bertanya banyak soalan mengenai gambar tersebut. Ini menunjukkan gambar yang ditunjukkan oleh guru kurang jelas. Alat bantu mengajar yang digunakan adalah amat penting dari segi kejelasan, warna dan saiz supaya murid dapat memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Langkah mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan secepat mungkin bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada pelajaran akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam pengajaran penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah membesarkan gambar tunggal tersebut dengan sistem pengkomputeran agar gambar atau maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan terang. Murid dapat melihat gambar dengan jelas, maka barulah mereka dapat memberikan jawapan yang tepat. Dengan ini barulah hasil pembelajaran dapat dicapai.








No comments:

Post a Comment