Thursday 8 December 2011

Dunia Sains Dan Teknologi-Sains Fizikal

 Topik: Mata untuk melihat



* RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (1)
 Mata Pelajaran              : Dunia Sains Dan Teknologi-Sains Fizikal
Kelas                             : Tahun 1 Balsam
Bidang  Pelajaran         : Mata untuk melihat
Objektif pembelajaran  : Mengaplikasikan Pengetahuan tentang Pelbagai Warna
Hasil Pembelajaran      : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid dapat:
A:         Menguasai isi kandungan pelajaran
  • Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu dan jingga.
  • Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan
  • Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

B:         Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
  • Memerhati
  • Mengelaskan
  • Berkomunikasi
  • Mengguna dan mengendalikan peralatan sains dengan betul
  • Membandingkan dan  Membezakan

C:         Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

  • Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
  • Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Konsep/prinsip/hukum/teori:     
            Fungsi mata
a.     Mengaplikasi pengetahuan tentang  pelbagai warna
b.    Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.
c.     Mengenalpasti warna iaitu hitam,putih,biru,merah,hijau,kuning,ungu dan jingga

Bahan,peralatan,sumber:
Bahan maujud,lampiran,lembaran kerja,nota di slaid powerpoint

Langkah berjaga-jaga:
Sentiasa memastikan setiap bahan dan aktiviti dijalankan di bawah  pengawasan yang menjamin keselamatan  proses p &  p.

Pengetahuan sedia ada:
 Murid mempunyai;
  • Pengetahuan tentang nama warna
  • Pengetahuan tentang tubuh badan sendiri
  • Pemahaman Bahasa Malaysia
     


Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran
Nota
Fasa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil idea
(10 Minit)

- Guru memberi arahan kepada  murid supaya menutup mata masing-masing.

- Contoh soalan: 
Adakah kamu boleh melihat objek   di sekeliling kamu?

- Kamu melihat objek-objek tersebut   menggunakan apa?


- Murid menjawab soalan .




Jawapan murid :
Cth: Tidak,kurang jelas.


Jawapan murid:
Cth: Mata

Strategi/ teknik:Penyoalan seluruh kelas
KBBT: Meramal,berfikir

Penstukturan idea/semula
(20 minit)

Guru mengajukan persoalan;

- Contoh soalan:
Berdasarkan pemerhatian kamu,  nyatakan objek yang dilihat.
Perkaitan warna.

- Guru menyoal murid:

-Apakah warna baju guru yang dipakai oleh guru matematik kamu?

-Apakah warna yang disukai oleh kamu?

-Jika kamu bukan seorang manusia, apakah objek yang kamu pilih?

-Cuba gambarkan kamu seekor rama-rama, nyatakan warna-warna kamu.


-Murid melihat di sekeliling mereka dan menyebut apa yang dilihat.

Jawapan murid :
Cth: meja,kerusi,pokok,padang dan lain-lain.


Menyatakan warna objek.




Jawapan murid:


Cth : biru






Cth: hijau,merah dan lain-lain.



Cth: buah,bunga dan lain-lain.



Cth: berwarna-warni seperti kuning,putih,ungu dan lain-lain.


Strategi/Teknik:
Pemerhatian


Sumber pengajaran:
Slaid Powerpoint (Lampiran 1).
kertas soalan (Lampiran 2)



Sikap saintifik dan nilai murni:
Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Aplikasi Idea
(20 Minit)

- Murid dan guru bersoaljawab tentang warna-warna yang terdapat pada:

i. Bendera Malaysia

ii. lampu isyarat

iii. matahari

iv.warna pakaian guru

- Murid menyatakan warna objek yang terdapat di sekeliling mereka. Hitam, putih,biru,merah,hijau,kuning,
ungu,dan jingga.

Jawapan murid :
Cth:Putih,merah,biru dan kuning.


Cth:merah,hijau

Cth:jingga,kuning

Cth:ungu

Strategi/Teknik :
KBBT -
Mengelas,
Soal jawab dan perbincangan.
Sumber pengajaran:
(Lembaran kerja 1, 2,3 )

Sikap saintifik dan nilai murni:
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Refleksi/
Penutup
(10 Minit)


-Guru menyuruh murid menyatakan kepentingan warna dalam kehidupan.

-Guru memberikan lampiran 1.0

- Murid menyatakan kepentingan warna dalam kehidupan.
Contoh: lampu isyarat.


- Murid mewarnakan gambar lampu isyarat dengan betul mengikut urutan.

Strategi:
Penyoalan seluruh kelas
KBBT:Membuat kesimpulan
Sumber pengajaran:
Lampiran 1.0,Slaid pp
Lembaran kerja



REFLEKSI



LEMBARAN KERJA

No comments:

Post a Comment