Saturday 10 December 2011

Dunia Sains Dan Teknologi-Sains Fizikal (2)

rph 2




Lembaran Kerja Sains 2




REFLEKSI


Secara keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dengan bimbingan guru. Penggunaan persembahan powerpoint telah menarik perhatian murid. Murid lebih memahami paparan yang ditunjukkan dan senang mengingati.  Namun masih lagi ada  kelemahan yang perlu diperbaiki dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut.  Kawalan kelas saya agak gagal hari ini, terdapat beberapa murid melakukan kebisingan semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Mereka telah mengganggukan pembelajaran murid lain. Untuk menyelesai masalah ini saya akan memberi arahan yang jelas dan tegas supaya murid-murid memahami dan mengikuti arahan yang diberikan dengan berdisiplin.


rph 3

Lembaran Kerja Sains 3

REFLEKSI



Secara keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang.  Semua murid telah menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati murid-murid saya aktif melibatkan diri  seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Namun begitu, saya dapati saya masih lemah dalam beberapa kemahiran pengajaran dan perlu diperbaiki. Saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa. Masa yang ditetapkan dalam setiap langkah tidak dapat diikuti oleh saya. Saya juga tidak mempunyai masa untuk membincangkan jawapan bagi lembaran kerja. Aktiviti kumpulan telah mengambil lebih masa dari yang ditetapkan.
Untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, saya harus berhati-hati semasa menetapkan masa untuk setiap langkah supaya masa mecukupi dan perbincangan jawapan lembaran kerja dapat dijalankan. Pengurusan masa yang baik akan membawa satu sesi pengajaran dan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, saya harus memperbanyakkan membawa buku yang berkaitan pengajaran untuk meningkatkan lagi berkesanan pengajaran saya.


rph 4

Lembaran Kerja Sains 4


REFLEKSI


Dalam pengajaran hari ini, saya masih menggunakan persembahan powerpoint dan menjalankan aktiviti kumpulan. Dalam pengajaran saya telah  menunjukkan kelembutan dan sifat penyayang apabila mengajar murid-murid ini kerana sekiranya saya terlalu tegas, mereka akan ketakutan dan tidak dapat fokus terhadap pelajaran mereka. dan mereka akan berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. 
Terdapat beberapa orang murid kurang menumpukan perhatian semasa penyangan slaid powerpoint. Ini kerana saya menggunakan kaedah ini berturut-turut dan murid sudah berasa bosan. Saya harus mempertingkatkan lagi kerana ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Animasi harus ditambahkan dalam slaid powerpoint dan bunyi bersesuaian harus ditambahkan. Selain itu, teknik pengajaran hjuga harus dipelbagaikan. Seperti saya boleh menggunakan nyanyian dalam set induksi untuk menarikan perhatian murid-murid untuk mengikuti pelajaran. Ganjaran atau pujian harus selalu diberikan kepada murid-murid. Dengan ini murid akan berasa sendiri dihargai atau dihormati maka mereka akan menjadi budak yang baik dan berdisplin dalam sesi pembelajaran.

No comments:

Post a Comment