Wednesday 7 December 2011

Mobail


Mobail merupakan sejenis arca di mana pengarca mencari satu konsep baru untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang diterima sebagai karya seni.
Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik.
M
obail dipelopori oleh Alexander Calder (1898-1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.

Alat dan Bahan

Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama.
Cantuman komponen mobail  dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam..

Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.



MUZIK DI DALAM AIR





Rancangan Pengajaran Harian : Mobail

MATAPELAJARAN             :           PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIDANG                              :           Membentuk dan Membuat Binaan

AKTIVITI                               :           Mobail

TEMA                                  :           Ikan

TAJUK                                 :           Akuarium Di Udara 

OBJEKTIF                            :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat:

Objektif Kognitif                :           Mengetahui bahawa imbangan adalah penting
dalam penghasilan mobail ikan.

Objektif Psikomotor          :           Mengaplikasikan teknik melukis, menggunting,
mewarna, mengikat dan menggantung yang betul.

Objektif Afektif                  :           Menghargai haiwan dan mencintai alam sekitar

PENERAPAN NILAI             :           Sayang kepada haiwan,  cinta kepada alam sekitar

KBKK                                   :           Menghubungkaitkan, Menjana Idea

KEMAHIRAN SEDIA ADA  :           Murid telah mempelajari teknik-teknik melukis dan
mewarna.

MASA
PERKARA
CATATAN

3 minit

Set Induksi
Guru memainkan muzik berunsur bunyi dalam air dengan pemain DVD.
Murid mendengar dan membuat analisa terhadap muzik yang dimainkan.
Guru mengendalikan sesi soal jawab:
  1. Di manakah rasanya kamu berada ketika mendengar muzik ini?
(Saya berasa seolah-olah berada di dalam air atau akuarium)
  1. Apakah perasaan kamu sewaktu mendengar muzik ini?
(Saya berasa relaks dan tenang)
  1.  Apakah yang kamu dapat bayangkan apabila mendengar muzik ini?
(Beberapa ekor ikan sedang berenang di dalam akuarium)
  1. Adakah kamu suka dengan keadaan begini? Mengapa?
(Suka. Sebab saya suka keadaan dalam air)
Guru memberitahu murid bahawa mereka akan menghasilkan sesuatu yang umpama akuarium terapung di udara.


ABM:  Pemain DVD
Pendekatan :
Teori Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik.
Muzikal dan kinestetik

KBKK:
Mensintesis
Menganalisis
Menjana idea




10 minit








10
minit
























20
minit

















14
minit




Perkembangan
Langkah 1
Guru memberitahu murid bahawa hari ini mereka akan menghasilkan sebuah akuarium yang terapung di udara, iaitu mobail ikan.
Guru membimbing murid meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan mobail.
Murid memberi idea masing-masing.


Langkah 2
Guru menunjukkan contoh-contoh gambar mobail dan cara menghasilkan mobail dengan persembahan Power Point.
(Sila rujuk Lampiran 2)
Murid memerhati dan mendengar penerangan guru.
Guru menegaskan imbangan adalah penting dalam penghasilan mobail ikan dan bentuk mobail mesti menepati tema dan tajuk.

Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan prosedur menghasilkan mobail ikan:
  1. Apakah bahan yang perlu kamu sediakan sebelum bermula menghasilkan mobail ini?
  2. Apakah bahagian yang perlu diberi perhatian sewaktu menghasilkan mobail?
  3. Apakah kaitan antara imbangan, harmoni dan warna sewaktu penghasilan mobail ikan ini?
  4. Apakah perasaan kamu sewaktu melihat ikan-ikan yang sepatutnya berenang di dalam air tetapi sekarang berada di udara?

Langkah 3


Guru membimbing murid semasa menghasilkan mobail ikan:
i.                     lukiskan rupa ikan pada kertas tebal
ii.                   guntingkan rupa ikan yang telha dilukis
iii.                  warnakan rupa ikan yang telah dipotong dengan warna poster atau warna air
iv.                lukiskan lakaran gambar ikan dengan pen marker
v.                  ulang langkah (i) hingga (iv) untuk menghasilkan ikan dan warnakan dengan warna yang berlainan
vi.                ikatkan ikan yang telah siap dilukis dengan benang dan ikatkan pula pada lidi
vii.               ikatkan ikan yang lain dengan benang dan ikatkan pula pada lidi hujung lidi yang sama
viii.             ulang langkah (vi) dan (vii) dan gantungkan pada lidi seperti dlaam gambar yang ditunjukkan
i.                     memperagakan hasil origami burung


Langkah 4

Guru menyuruh murid mereka cipta sebuah cerita berpandukan mobail ikan yang dihasilkan.


Murid yang terpilih bercerita di depan murid-murid lain.



ABM:  mobail ikan

Pendekatan:
Konstruktivisme
Sumbangsaran

KBKK:
Menjana idea

Penerokaan:
Membanding beza jenis bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan origami


ABM: gambar slaid

Pendekatan:
Masteri



KBKK:
Membanding beza
Mensintesis
Menghubungkaitkan



























ABM:
kertas tebal , gunting, benang, warna poster, pen marker, pensel dan pemadam.

Pendekatan:
Kontektual

KBKK:
Mereka cipta
Menghubungkait
















ABM:  Mobail ikan



Pendekatan:
Kecergasan Pelbagai-
muzikal dan kinestetik

KBKK:
Mereka cipta

3
minit


Penutup
Guru memainkan muzik berunsur bunyi dalam air dan memberitahu murid menggerakkan mobail ikan yang dihasilkan seperti akuarium yang terapung di udara.

Murid memperagakan mobail ikan yang  dihasilkan sambil menggerakkan mobail seperti akuarium yang terapung di udara.

Murid membanding beza “akuarium terapung di udara” sesama sendiri.

KBKK:
Membanding beza
Menghubung kait
Menganalisis


REFLEKSI

Penjelasan langkah-langkah membuat mobail ikan melalui persembahan powerpoint telah menyenangkan pemahaman mereka membuatnya. Murid-murid berasa seronok dan gembira menunjukkan mobail ikan dengan iringan muzik. Namun terdapat beberapa orang murid tidak sempat menyiapkan mobail. Ini bermaksud pengajaran hari ini kurang berjaya. Oleh kerana terdapat banyak langkah yang harus dibuat oleh murid untuk menyiapkan mobail ikan. Aktiviti seni hari ini  amat makan masa kerana murid-murid perlu melukis dan mewarnakan ikan sebelum dijadikan mobail. Untuk pengajaran yang akan datang,  aktiviti seperti ini  harus dijalankan dalam kumpulan. Dengan kerjasama murid-murid hasil sesuatu kerja seni yang rumit akan dapat dibuat pada masa yang ditetapkanLANGKAH-LANGKAH












No comments:

Post a Comment