Wednesday, 7 December 2011

Model

Model dapat diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh, gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka.

Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan.

Penampilan model yang kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan bentuk-bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


REFLEKSI

Tayangan klip video haiwan zaman purba telah menarik perhatian dan murid-murid berasa seronok. Murid-murid aktif dalam sesi soal jawab selepas tayangan klip video. Selain itu, murid-murid juga bersamangat semasa membuat model haiwan zaman purba. Hasil pembelajaran hari ini tercapai dan saya berasa puas hati dengan pengajaran hari ini. Walau bagaimanapun, setiap pengajaran mesti ada kelemahannya kerana sebagai manusia kita bukan insan yang sempurna. Gambar dalam slaid powerpoint agar kecil ini telah menyebabkan beberapa orang murid yang duduk di belakang tidak dapat melihat langkah-langkah membuat haiwan zaman purba dengan jelas. Oleh itu, terpaksa saya membimbing mereka satu- persatu. Alat bantu mengajar adalah amat penting, oleh itu saya harus sentiasa memastikan ia dalma keadaan yang sempurna dan baik supaya tidak menganggu proses  pengajaran dan pembelajaran.
LANGKAH-LANGKAH


Hasil kerja dan aktiviti murid

Topeng

Suatu alat yang menutupi muka
Topeng dapat menyembunyikan wajah anda yang sebenar. Anda dapat menyerupai sesuatu atau seseorang yang lain dengan memakai topeng.
P
roses membentuk dan membuat topeng merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.

Perancangan rapi dan mendalam

dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.

Pengetahuan mengenai alat dan bahan

diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.


Rancangan Pengajaran Harian Topeng




REFLEKSI

Kekuatan
Dalam pengajaran hari ini, kekuatan yang dapat saya kesan iaitu kejelasan dan kelantangan suara saya. Tujuannya adalah supaya murid dapat mendengar  dan memahami arahan yang disampaikan oleh guru. Murid aktif  memberikan jawapan semasa guru mengajukkan soalan. Komunikasi dua hala yang digunakan membolehkan murid belajar dalam keadaan yang aktif dan membawa murid kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, saya juga dapat mengawal tingkah laku mereka dengan cara tersebut. Dalam Set Induksi, saya telah menggunakan slide power point bagi membina aliran perhatian murid terhadap topik yang hendak disampaikan. Ini secara langsung dapat menarik perhatian murid terhadap pelajaran seterusnya.


Kelemahan
Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam pengajaran ini ialah penggunaan ICT iaitu persembahan power point semasa menyampaian pengajaran dan pembelajaran ini. Murid tidak dapat meihat gambar tunggal dengan jelas. Ini menyebabkan murid memberi pelbagai jawapan dan bertanya banyak soalan mengenai gambar tersebut. Ini menunjukkan gambar yang ditunjukkan oleh guru kurang jelas. Alat bantu mengajar yang digunakan adalah amat penting dari segi kejelasan, warna dan saiz supaya murid dapat memahami pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Langkah mengatasi

Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan secepat mungkin bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada pelajaran akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam pengajaran penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah membesarkan gambar tunggal tersebut dengan sistem pengkomputeran agar gambar atau maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan terang. Murid dapat melihat gambar dengan jelas, maka barulah mereka dapat memberikan jawapan yang tepat. Dengan ini barulah hasil pembelajaran dapat dicapai.








Friday, 11 November 2011

Origami

·  Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain.Origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun.
·  Origami kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh dihasilkan dengan menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil.
·  Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan  membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi.
·  Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi hasil origami.
·  Peragaan origami bergantung kepada keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.


Rancangan Pengajaran Harian Origami


Langkah-langkah Membuat Origami Burun




Refleksi
Murid-murid aktif melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini. Terutamanya murid-murid membuat simulasi gerakan burung berterbangan di udara sambil memegang origami burung yang dihasilkan mengikut iringan muzik. Murid-murid menganggap diri sendiri adalah burung yang bebas berterbangan di udara. Kelemahan saya dalam pengajaran hari ini ialah kawalan kelas. Terdapat beberapa orang murid mengeluarkan bunyi bising yang telah mengganggu kelas lain semasa mereka membuat simulasi. saya harus memberi arahan dengan jelas dan tegas murid tidak mengeluarkan suara atau bunyi yang bising sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas sebelah.


    Monday, 24 October 2011

    Cerita

            Tajuk : arnab dengan kura-kura.
    Pada suatu hari, arnab terserempak dengan kura-kura lalu mengejeknya, “Oh, Kura-kura! Kamu sangat lembap dan saya pasti kamu tidak dpat berjalan jauh!”
            Kura-kura berasa sedih kerana diejek oleh arnab lalu berkata, “marilah kita berlumba lari dan lihatlah siapa yang lebih pantas.”
            Arnab ketawa dan berkata, “kamu tentunya sedang bergurau! Tetapi, kita lihatlah siapa yang sampai terlebih dahulu di sebelah bukit sana.”
    Ayam dijemput menjadi pengadil. “Satu, dua tiga, mula” Arnab pun berlari meninggalkan kura-kura. Kura-kura pula berjalan dengan perlahan.
            Selepas berlari seketika, arnab berhenti untuk menunggu kura-kura.  Arnab pun baring di bawah pokok lalu tidur.        Tidak lama kemudian, kura-kura sampai di tempat arnab tidur. Ia terus berjalan perlahan-lahan sehingga hampir ke garisan penamat. Ketika itu arnab terjaga daripada tidur lalu berlari pantas. Apabila sampai di garisan penamat, ia mendapati bahawa kura-kura sudah sampai terlebih dahulu.
            Kura-kura menang dalam perlumbaan itu!
    Moral cerita ini ialah orang yang sombong selalu rugi.